Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Radio Online Suara Rakyat Sabah | Suara Rakyat, Suara Keramat

Monday, September 24, 2012

Dr. Nellson Pengecut ?

Petikan dari STAR P168 KOTA MARUDU
Rubah Jadian Sejak Dr. Nellson keluar dari Star khususnya Penyelaras N.5 Tandek, beliau terus pengecut.... ini disahkan apabila beliau inda menjawab sebrang panggilan mau pun SMS daripada pejuang2 Star Tandek

Sebagai anak jati dan pengundi di DUN Tandek, sudah tentu saya hampir masak dengan sepak terajang politik Tandek. Begitu juga dalam mengenali pemimpin-pemimpin terdahulu dan pemimpin muda, umur saya yang hampir separuh abad barangkali memberi saya sedikit kelebihan dari sudut pengalaman, berbanding pengundi baru yang bakal mengundi pada PRU ke-13. Keahlian saya sebagai ahli UMNO yang pernah menjadi Ketua Cawangan UMNO Parlimen Silam, Lahad Datu dengan kehalian hampir 500 orang suatu ketika dulu tidak menghalang saya menjadi pembangkang parti ini dalam beberapa perkara yang saya tidak setuju. Kini, kalau saya ditanya kenapa saya memprotes sedangkan saya ahli UMNO, sudah pasti jawapan saya, “saya bukan pembuntut atau pengikut yang suka mengikut-ikut sesuatu perkara  semata-mata mahu mendapatkan ‘sesuatu’ dalam mana-mana parti”.

Sumber;http://www.facebook.com/notes/aldusuni-kimaragangi/dr-nellson-pengecut-/498861640143194

Read more...

Tuesday, September 4, 2012

Jangan Malukan Bumi Sabah. Lakukanlah Sekarang!




Kita percaya bahawa gabungan suara rakyat Sabah secara maya boleh mengubah peta politik Sabah dengan syarat, kita sama-sama menjadikan RADIO ONLINE SUARA RAKYAT SABAH bergerak ke depan dengan tag SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. Para deejay radio ini akan menjadi perantara menyampaikan suara anda tanpa mengubah sedikitpun tulisan-tulisan anda yang juga merupakan suara hati anda. Suarakanlah di sini, hak anda sebagai warga Sabahan.

ROSRS akan menjadi pentas anda mengemukakan apa jua permasalahan atau rungutan kepada pihak-pihak berkaitan tanpa mengira perbezaan aliran fahaman agama, politik atau darjat untuk sama-sama berjuang dengan rakan-rakan lain. Suara anda pasti akan kami ke udarakan, beserta lagu-lagu pilihan anda.

Ayuh kita bersatu habis-habisan. Perkenalkanlah page ROSRS kepada segenap warga Sabahan. Saya yakin warga Sabah bukan hanya mampu menyukai laman ROSRS bahkan mampu memperkenalkan ROSRS kepada rakan-rakan lain. Mari kita kempen untuk himpunkan 50,000 orang menyukai laman ini dalam masa 10 hari sekarang, dan 20 hari berikutnya seramai 100, 000 orang. Bangkit anak Sabah, bangkit warga Sabah dan jangan malukan bumi Sabah. Lakukanlah sekarang!


Suara Rakyat Sabah

Read more...

Monday, September 3, 2012

Radio Online Suara Rakyat Sabah

Radio Online Suara Rakyat Sabah dilahirkan sebagai wadah dan saluran bagi rakyat menyatakan pelbagai cabang pemikiran politik, pendidikan, ekonomi dan seumpamanya sekali gus menyahut slogan pentadbiran kerajaan ‘ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.  Kewujudan radio ini akan dapat menjadi jambatan penghubung kepada pihak kerajaan, untuk mendengar sendiri suara hati rakyat secara umum. Pemilihan lagu di ROSRS meliputi semua genre manakala informasi-informasi yang dikeudarakan dipetik dari lontaran-lontaran pemikiran pelayar internet khususnya menerusi FB, WEB, BLOG,TWITTER dan seumpamanya tanpa ubahan. Deejay hanya akan menjadi penyampai dan pengulas pendek bahan yang disampaikan. Semua pautan berkaitan bahan penyampaian akan dimuatkan oleh deejay bertugas dalam laman ini ketika ke udara. Adalah diharapkan agar kewujudan radio ini bukan saja menjadi medan informasi dan hiburan, tapi lebih dari itu ia diharap dapat menarik perhatian pihak kerajaan untuk nilaian dan tindaksusul.

Read more...

Saturday, September 1, 2012

Suara Rakyat Sabah

Blog ini akan menyalurkan suara dan pendapat anak-anak Sabah dan disajikan kepada kerajaan untuk pertimbangan atas dasar hak sebagai anak Sabah tanpa menidakkan kredibiliti kerajaan dalam usaha membawa pembangunan kepada negeri Sabah. 

Kami sayang negeri kami dan kami mahu mempertahankan hak kami sebagai orang Sabah.

Read more...

Visi dan Misi Kami

Kami hanya mahukan hak kami sebagai orang Sabah dapat direalisasikan.

Kami Sayang Malaysia

Suara Rakyat, Suara Keramat

  © Suara Rakyat Sabah | Dibangunkan oleh anak-anak Sabah yang prihatin tentang keperluan menyuarakan hak pada tempatnya.

Back to TOP