Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Radio Online Suara Rakyat Sabah | Suara Rakyat, Suara Keramat

Monday, September 3, 2012

Radio Online Suara Rakyat Sabah

Radio Online Suara Rakyat Sabah dilahirkan sebagai wadah dan saluran bagi rakyat menyatakan pelbagai cabang pemikiran politik, pendidikan, ekonomi dan seumpamanya sekali gus menyahut slogan pentadbiran kerajaan ‘ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.  Kewujudan radio ini akan dapat menjadi jambatan penghubung kepada pihak kerajaan, untuk mendengar sendiri suara hati rakyat secara umum. Pemilihan lagu di ROSRS meliputi semua genre manakala informasi-informasi yang dikeudarakan dipetik dari lontaran-lontaran pemikiran pelayar internet khususnya menerusi FB, WEB, BLOG,TWITTER dan seumpamanya tanpa ubahan. Deejay hanya akan menjadi penyampai dan pengulas pendek bahan yang disampaikan. Semua pautan berkaitan bahan penyampaian akan dimuatkan oleh deejay bertugas dalam laman ini ketika ke udara. Adalah diharapkan agar kewujudan radio ini bukan saja menjadi medan informasi dan hiburan, tapi lebih dari itu ia diharap dapat menarik perhatian pihak kerajaan untuk nilaian dan tindaksusul.

0 comments:

Visi dan Misi Kami

Kami hanya mahukan hak kami sebagai orang Sabah dapat direalisasikan.

Kami Sayang Malaysia

Suara Rakyat, Suara Keramat

  © Suara Rakyat Sabah | Dibangunkan oleh anak-anak Sabah yang prihatin tentang keperluan menyuarakan hak pada tempatnya.

Back to TOP