Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Radio Online Suara Rakyat Sabah | Suara Rakyat, Suara Keramat

Tuesday, September 4, 2012

Jangan Malukan Bumi Sabah. Lakukanlah Sekarang!




Kita percaya bahawa gabungan suara rakyat Sabah secara maya boleh mengubah peta politik Sabah dengan syarat, kita sama-sama menjadikan RADIO ONLINE SUARA RAKYAT SABAH bergerak ke depan dengan tag SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. Para deejay radio ini akan menjadi perantara menyampaikan suara anda tanpa mengubah sedikitpun tulisan-tulisan anda yang juga merupakan suara hati anda. Suarakanlah di sini, hak anda sebagai warga Sabahan.

ROSRS akan menjadi pentas anda mengemukakan apa jua permasalahan atau rungutan kepada pihak-pihak berkaitan tanpa mengira perbezaan aliran fahaman agama, politik atau darjat untuk sama-sama berjuang dengan rakan-rakan lain. Suara anda pasti akan kami ke udarakan, beserta lagu-lagu pilihan anda.

Ayuh kita bersatu habis-habisan. Perkenalkanlah page ROSRS kepada segenap warga Sabahan. Saya yakin warga Sabah bukan hanya mampu menyukai laman ROSRS bahkan mampu memperkenalkan ROSRS kepada rakan-rakan lain. Mari kita kempen untuk himpunkan 50,000 orang menyukai laman ini dalam masa 10 hari sekarang, dan 20 hari berikutnya seramai 100, 000 orang. Bangkit anak Sabah, bangkit warga Sabah dan jangan malukan bumi Sabah. Lakukanlah sekarang!


Suara Rakyat Sabah

0 comments:

Visi dan Misi Kami

Kami hanya mahukan hak kami sebagai orang Sabah dapat direalisasikan.

Kami Sayang Malaysia

Suara Rakyat, Suara Keramat

  © Suara Rakyat Sabah | Dibangunkan oleh anak-anak Sabah yang prihatin tentang keperluan menyuarakan hak pada tempatnya.

Back to TOP